Selasa, 22 April 2014

Pengenalan sekolah kebangsaan tringgus

Assalamualaikum....selamat pagi dan salam perjuangan kepada semua guru serta adik-adik pelajar. Alahmdulillah pada pagi yang penuh berkat ini saya dapat membuat satu blog khas untuk SK Tringgus, Bau. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk sama-sama berkongsi maklumat berkaitan aktiviti sekolah, sukan sekolah, program yang diadakan di sekolah serta macam macam lagi. Hal ini dapat memberikan kepada warga luar dari luar kawasan tringgus tahu bahawa SK Tringgus mempunyai perancangan tersendiri dalam mentranformasikan akademik murid-murid serta sahsiah para pelajar seterusnya supaya dapat menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, in sha Allah. 

Sekolah Kebangsaan Tringgus di beri nama bersempena nama Kampung Tringgus. Sekolah ini sebenarnya terletak di atas bukit dan perjalanannya memakan masa selama sehari dan dua hari berjalan kaki. Pada masa itu jalan ke sekolah ini separuh berturap dan selebihnya tidak berturap. Mengikut perkiraan saya jalan yang tidak berturap sepanjang 16km bermula dari simpang rumah cikgu Menon ak Akaw sampailah ke sekolah. Pada musim kemarau, jalan akan menyebabkan debu dan boleh mencacatkan penglihatan kerana jarak penglihatan dekat sahaja. Jika musim hujan pula, jalan akan menjadi makin teruk kerana jalan akan menjadi licin serta becak kerana ada air bertakung di atas jalan. Guru-guru sekolah ini sangat cekal dan tabah dengan ujian yang menimpa mereka dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid tanpa mengira penat lelah. Oleh yang demikian, hal ini telah mendapat perhatian daripada YB kawasan Dewan Undangan Negeri Benguh yang telah menyediakan sedikit peruntukan bagi menurapkan jalan tersebut. Alhamdulillah pada akhir tahun 2012 jalan dari simpang rumah cikgu Menon ak Akaw telah siap diturap dengan sempurna dan jayanya.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1/1/1967 yang beralamat di Kampung Tringgus, 94000 Bau, Sarawak. Sekolah ini lokasinya dikategorikan dalam kawasan pedalaman dan berada di kawasan luar bandar. Perjalanan yang menghubungkan sekolah dengan PPD Bau ialah dengan menggunakan jalanraya. Sekolah ini mempunyai keluasan sekitar 3 ekar dan 1.21 hektar sahaja. Sekolah ini tidak mempunyai kantin sekolah tetapi mempunyai dewan makan yang boleh memuatkan seramai 250 orang murid dalam satu-satu masa. Sekolah ini mempunyai 1 kelas pra dan 6 kelas biasa yang setiap darjahnya hanya 1 kelas sahaja. Sekolah ini juga mempunyai 4 buah kuartes guru dan juga dua buah asrama lelaki dan perempuan. Sekolah ini mendapat bekalan sumber sumber air dari pancur graviti dan sumber elektrik 24jam 1 fasa yang jaraknya 5KM ke sekolah. Sekolah ini hanya satu sesi sahaja iaitu pada waktu pagi. Sekolah ini mempunyai 24 orang staf termasuk guru dan bukan guru. Bilangan guru lelaki dan perempuan seramai 15 orang dan bukan guru hanya 9 orang. 

Pada masa sekarang ini, sekolah Tringgus di pimpin dan diketuai oleh guru besar yang bernama Encik Mahmud Bin Bolah @ Bollah, PK1 Encik Jep Gindep, PKKK Encik Menon Akaw dan PK HEM Puan Rohana Julot. Semoga sekolah ini akan terus menjulang nama baik di PPD Bau dan juga di JPN Sarawak satu hari nanti, in sha Allah. Jom sama-sama usahakan semoga berjaya.